Oh! Artis
Da’i Syed Kongsi Pengalaman Berdakwah Dalam Penjara
Pendakwah Selebriti, Da’i Syed yang hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk prosiding semula kes rayun atas pertuduhan merogol wanita 4 tahun lepas.
Ketika ditanya wartawan, Syed Iqmal mengatakan masuk penjara merupakan satu pengalaman yang pahit.
Gelap hidup saya pada saat itu, tapi Alhamdulillah kesihatan saya di dalam penjara baik-baik sahaja.
Syed juga mengatakan layanan yang diberikan baik dan beliau dapat berdakwah ketika berada dalam penjara.
Dapat berdakwah lah dalam penjara tu. Ajar orang mengaji, sambut Maulidur Rasul di dalam penjara.
Mengenalkan kepada banduan ini tentang Nabi dan Rasul. Jadi ada kesempatan duduk dalam penjara untuk memberi sedikit manfaat dan ilmu.
Semoga segala urusan beliau di Mahkamah hari ini dipermudahkan.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM