Connect with us

Oh! Media

Da’i Fuad Rayu Netizen Henti Kecam Da’i Syed, Simpati Buat Mangsa Dan Keluarga

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

Da’i Fuad Rayu Netizen Henti Kecam Da’i Syed, Simpati Buat Mangsa Dan Keluarga

Pendakwah selebriti, Da’i Fuad Mokhtar yang juga rakan baik kepada Da’i Syed, merayu agar netizen berhenti mengecam dan menghukum Da’i Syed yang baru sahaja dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol lima tahun lalu.

Da’i Fuad mengakui dirinya terkedu dan menitiskan air mata sebaik mendengar berita hukuman yang dikenakan ke atas rakannya itu.

Dalam masa yang sama, beliau turut meluahkan rasa simpati terhadap mangsa rogol yang terpaksa menghadapi pengalaman hidup yang sangat berat.

IKLAN

Tak mudah untuk seorang wanita meneruskan kehidupan setelah melalui keadaan yang sukar ini. Semoga Allah memberikan kekuatan buatmu untuk menghadapi kehidupan yang berat dan mencabar.- Tulisnya di aplikasi X.

Beliau juga merayu agar netizen menghentikan kecaman terhadap Da’i Syed dan memberi ruang kepada isteri dan anak rakannya untuk melalui situasi ini dengan kekuatan.

Kasihanilah juga isteri (Hana Ismail) dan anaknya (Syarifah Fatma Nour) yang harus menghadapi rintangan hidup yang berat ini. Apatah lagi jika mereka perlu hidup tanpa pelindung,- Katanya.

Da’i Fuad turut mengingatkan bahawa sebagai orang beriman, kita perlu menerima bahawa segala takdir baik dan buruk adalah di bawah kekuasaan Allah.

Rayu saya agar cukuplah polemik ke atas Da’i Syed. Jika kita inginkan keadilan, maka keadilan telah pun berlaku. Ianya sudah cukup sakit.- Rayunya.

Pendakwah itu juga mendoakan agar isteri dan anak Da’i Syed diberi kekuatan untuk menghadapi dugaan yang mendatang.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Aplikasi X


📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas