
Oh! Artis
Jawapan Jep Bila Peminat Asyik Tanya Pasal Sepahtu, “Dah Pujuk Tapi Tiada Daya”
Oleh
Pelawak dan penyampai radio terkenal, Jep tak boleh lari daripada permintaan peminat yang mahu anggota kumpulan Sepahtu (Mamat, Shuib dan Jep) disatukan semula.
BACA: Mamat Sepah Sedih, Harap Sesuatu Daripada Jep Dan Shuib
Jep dengan tenang menjawab dia dah mencuba mengajak dan memujuk sedaya yang mungkin. Namun masing-masing sudah mempunyai kehidupan dan haluan sendiri.
Manakala, dia juga harus meneruskan kehidupan apabila menampilkan ahli baru di pentas lawaknya iaitu Pak Ya, Rahim dan Ebby Yus.
Suka aku dengan explanation Jep bila orang tanya pasal Shuib
— Team Raya KL | 〽️ (@_NazriH) July 16, 2023
1. Dia cakap semua ada kehidupan, keinginan & kecenderungan masing2
2. Dia dah pujuk tapi dia dah tiada daya
3. Dia tak pandai buat business mcm org lain, jadi dia teruskan je Sepahtu tanpa Shuib pic.twitter.com/NGjMbYkwPl
Pelawak ini berkata, agak susah untuk menyatukan kembali kumpulan Sepahtu disebabkan sudah ada komitmen dengan kerjaya masing-masing.
Kalau sorang tak nak buat, takkan saya nak berhenti nak berehat. Abang tak pandai berniaga. Inilah tempat abang cari makan jadi abang kena harus berjalan.
Suami kepada Sari Yanti ini memohon peminat menghormati keputusan yang telah diambil mereka. Janganlah disebabkan sesuatu isu, dirinya perlu berhenti melawak kerana melawak adalah periuk nasinya.
Di kesempatan itu, Jep bersyukur kerana ada pelawak lain yang boleh membantunya untuk meneruskan program Sepahtu Reunion.
Kredit: TikTok _NazriH
