Connect with us

Oh! Media

Dah Penat Masak, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar Sebab Suami Lupa Basuh Pinggan

Dahlia Rizal

Oh! Artis

Dah Penat Masak, Dahlia Rizal Merajuk Tidur Luar Sebab Suami Lupa Basuh Pinggan

Influencer dan model jelita, Dahlia Rizal mencuri tumpuan ramai selepas akhirnya mendirikan rumah tangga dengan rakan baiknya yang merupakan seorang pelakon, Imran Aqil.

BACA: Imran Aqil Tak Sangka ‘Ex’ Bertunang Dengan Yonnyboii

Baru sebulan kahwin, mestilah masing-masing tengah berbunga lagi kan? Ala kalau gaduh pun, gaduh-gaduh manja gitu.

IKLAN

Seperti perkongsian Dahlia di Majalah Wanita, dia pernah tidur di sofa ruang tamu gara-gara Imran terlupa untuk basuh pinggan.

@majalahwanita Dahlia pernah merajuk & tidur dekat luar sebab suami lupa basuh pinggan #wanita #utusantv #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #dahliarizal ♬ original sound – Majalah Wanita

Difahamkan pasangan ini membuat pembahagian kerja rumah, jika Dahlia memasak suami akan basuhkan pinggan. Jika Imran basuh baju, Dahlia pula akan ambil tugas melipat kain.

Tetapi pada hari itu, Imran betul-betul terlupa dan Dahlia terpaksa ‘protes’ nak beri pengajaran supaya Imran tak ulang lagi perkara sama.

Saya ingatkan dia tidak akan pujuk, tapi dia datang dan dukung saya.

Ala comelnya pasangan pengantin baru ni, korang pula apa pengalaman lucu selepas kahwin dulu? Cer share sikit!

Kredit: TikTok @majalahwanita

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas