Connect with us

Oh! Media

“Dah Lama Pendam” – Juliana Evans Dedah Cara Kerja Di Set Pengambaran

Artikel 6 2710

Oh! Artis

“Dah Lama Pendam” – Juliana Evans Dedah Cara Kerja Di Set Pengambaran

Che Puan Juliana Sophie binti Johari Evans atau dikenali sebagai Juliana Evans merupakan seorang pengacara, pelakon dan model di Malaysia.

BACA: Juliana Evans Tewaskan Artis Antarabangsa Dalam 100 Wanita Tercantik Di Dunia 2020

Baru-baru ini, pelakon terkenal ini memberikan pandangan mengenai isu protes kru produksi filem di Hollywood yang meninggalkan set pengambaran kerana bekerja melebihi had waktu.

IKLAN

Bekerja hampir 20 jam

Menerusi laman Twitter Juliana Evans, dia mengatakan bahawa sudah lama mahu membangkitkan isu mengenai kerja melebihi had waktu itu namun tidak kesampaian. Pelakon ini mengatakan bahawa isu itu bukan sahaja terjadi di Malaysia namun selebriti di Hollywood juga terpaksa berhadapan dengan isu kerja melebihi had waktu.

Img 9814
Img 9816

Katanya, di Malaysia ada pelakon yang perlu bekerja sehingga 20 jam dan itu dianggap normal, kerana perkara ini sudah berlaku sejak dari dulu lagi.

Itu baru 12-13 jam diorang dah bising. Malaysia? 16-20 jam tu normal.

Tibai selagi boleh. Selagi langit tak cerah lagi.

Img 9815 1

Ada juga netizen yang menanyakan bagaimana hak kru produksi filem sebagai seorang pekerja, dan kepada siapakah pelakon dan penggiat seni perlu merujuk?

Juliana meluahkan bahawa tiada perbadanan yang akan melindungi mereka dan para pelakon tidak ada kuasa untuk menyuarakan pendapat.

Kesian untuk penggiat seni tanah air kita. Mereka terpaksa kerja melebihi had waktu sehingga pagi buta. Bukan sahaja pelakon, tetapi semua kru produksi mengalami masalah yang sama. Jadi, siapa yang sebenarnya perlu bertanggungjawab atas hal ini?

Kredit: Utusan | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Sumaiyah Salleh
Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas