
Oh! Artis
Hafidz Roshdi Dikecam Gara-Gara Komen Di IG Shuhada Walaupun Dah Lafaz Talak
Oleh
Sejak beberapa minggu ini, isu rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya Nurul Shuhada hangat diperkatakan apabila pelakon itu didakwa curang.
BACA: Wanita Didakwa Kekasih Gelap Hafidz Roshdi Bersuara, Nasihat Jangan Sebar Aib
Konflik rumah tangga mereka menemui penamat apabila Shuhada diceraikan dengan talak satu menerusi telefon bersaksikan ahli keluarga.
BACA: Isteri Hafidz Roshdi Tak Lagi Terkongkong Dengan Suami, Tak Menangis Kena Talak
Tak bersedih, wanita ini bangkit berdikari dengan menjalankan perniagaan dengan tagline ‘satu tak cukup’ dan memohon orang ramai dapat memberikan sokongan.

Terbaru, ibu kepada dua anak ini berkongsi foto dipercayai berada di Mahkamah Syariah Selangor untuk menfailkan penceraian mereka.
Hafidz Roshdi komen foto Shuhada
Menerusi hantaran yang dibuat di akaun Instagram shushukriii itu, dia berharap nafkah anak-anaknya takkan terputus selepas berpisah.
Di ruangan komen, Hafidz Roshdi dilihat meninggalkan komen menjawab kepada doa isterinya itu.

Terdahulu, Hafidz juga dilihat menulis komen di satu perkongsian Shuhada sehingga mengundang rasa kurang senang pengikut yang lain.
Undang kecaman netizen


Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan pelakon tersebut yang kelihatan sangat tenang dan tergamak meninggalkan komen kepada isteri selepas apa yang berlaku.
Kredit: Instagram Shuhada (shushukriii)
