Oh! Artis
“Dah Berapa Tahun Punya Kes, Kenapa Angkuh Sangat” – Sophia Albarakbah
Sophia Albarakbah kesal isu lama terus diungkit. Katanya, sedangkan Tuhan pun mengampunkan hamba-Nya.
Sophia Albarakbah kesal isu lama terus diungkit. Katanya, sedangkan Tuhan pun mengampunkan hamba-Nya.
Oleh
Belum reda dengan moment janggal malam tadi, pelakon Sophia Albarakbah sekali lagi mengundang perhatian apabila mengeluarkan kenyataan panas.
Menerusi ruangan komen di satu perkongsian Instagram, selebriti ini dilihat mempertahankan diri apabila tak habis-habis dihentam isu ‘penyondol’.

Menurutnya, isu itu sudah bertahun-tahun berlalu dan sepatutnya kontroversi sudah lama berakhir.
Dah berapa tahun punya case, kalau asyik nak ungkit, sampai bila pun tak selesai. Sedangkan Allah pun boleh ampunkan hamba-Nya, awak sekerdil, sejijik manusia kenapa angkuh sangat?
Walaupun tidak menyebut nama, rata-rata netizen mengaitkan kenyataan itu dengan kecaman yang diterimanya selepas Anugerah Melodi pada malam Ahad.

Netizen bersimpati dengan Bella yang kelihatan kaku ketika mengumumkan kemenangan Sophia. Bella dilihat terus berlalu tanpa bersalaman selepas trofi tersebut diserahkan.
Perkara tersebut membuatkan warganet mengecam pihak produksi yang tidak sensitif dengan kisah silam Bella.

Sophia sebelum ini dikatakan pernah menjalinkan hubungan mesra dengan Aliff Aziz ketika Bella masih bergelar isterinya.
Pssttt! Sebaiknya Sophia mendiamkan diri terlebih dahulu. Kadang kala pendapat peribadi yang dilemparkan itu hanya mengeruhkan keadaan yang sedia ada keruh.
Kredit: Beautifulnara
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Amir Raja Lawak dibenarkan pulang dari HRPZ II selepas dua minggu dirawat akibat Influenza B dan...
Syida Melvin dipercayai berpindah ke rumah baharu bersama tiga anaknya demi keselesaan mereka, selepas kemelut rumah...
Wawa Zainal dakwa anaknya pernah ditumbuk dan dipulas tangan rakan sekelas, kini dituduh pula. Dia tegaskan...
Eman Manan anggap gelaran Datuk sebagai pengiktirafan atas perjalanan seninya. Dia bakal muncul dalam filem Takluk...
Siti Khadijah Halim pertahan kemenangan Zarra Zhaff dan Aghniny Haque di FFM35, minta orang ramai tidak...