Connect with us

Oh! Media

“Dah Allah Kata Kun Faya Kun, Apa Masalah?” – Iqram Dinzly Nak Ajak Netizen ‘Berzina’ Di Masjid?

Untitled Design   1

Oh! Artis

“Dah Allah Kata Kun Faya Kun, Apa Masalah?” – Iqram Dinzly Nak Ajak Netizen ‘Berzina’ Di Masjid?

Baru-baru ini, tular satu video memaparkan perdebatan ‘panas’ di antara pelakon penuh kontroversi, Iqram Dinzly dan seorang youtuber bernama dyn_norahim.

4eb95fef 2895 457d a8c3 9c4b95e29191

Melalui klip video tersebut, Iqram Dinzly bertanya kepada beberapa individu di dalam studio tersebut maksud ‘zina’ dan mereka menjawab ia berkaitan dengan bersetubuh di antara dua jantina.

Tetapi menurut Iqram Dinzly, ‘zina’ bermaksud perhiasan tetapi dia berkata pemahaman tersebut terpulang kepada setiap individu sama ada mahu setuju ataupun tidak.

IKLAN

Hal yang membuatkan video tersebut mendapat perhatian apabila selebriti itu berkata dirinya pernah membuat tajuk ‘Jom Berzina Di Masjid’.

Barangkali merasakan perkara tersebut seolah-olah sudah berlebihan, youtuber terbabit mempersoalkan tindakannya tetapi Iqram tidak mendiamkan diri dan pertahankan pendapatnya.

Kalau buat ‘Jom Berzikir Di Masjid’ ada orang nak tengok? Dah Allah kata kun faya kun, masalah?

Dalam pada masa yang sama, Iqram merasakan jika seseorang itu bijak, mereka akan mencari maksud sebenar di sebalik tajuk ‘panas’ itu tetapi untuk orang yang tidak cerdik, mereka akan menghentam.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam pendapat Iqram dan merasakan aktor tersebut sudah tersasar jauh dari landasan yang benar.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas