Connect with us

Oh! Media

“Cinta Pertama Kami” – Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ajar Anak Lupakan Bapa

Oh! Artis

“Cinta Pertama Kami” – Netizen Puji Rita Rudaini Tak Ajar Anak Lupakan Bapa

Gemar berkongsi perkembangan anak di media sosial, pelakon Rita Rudaini dilihat sebagai seorang ibu tunggal yang sangat cekal membesarkan anak seorang diri.

ADVERTISEMENT

Malah, Rita Rudaini dipuji tidak pernah mengajar anak-anak membenci bapa kandung mereka walaupun terdapat pelbagai kontroversi yang tercetus.

BACA: ‘Takkan Nak Letak Laki Ko’ – Individu Dikecam Selepas Sindir Rita Rudaini Tak Move On

Terbaru, Rita Rudaini menarik perhatian pengikut apabila memuat naik ucapan penuh syahdu sempena ulang tahun kelahiran ke-12 anak sulung, Airit Rayyan Rizqin.

Bersama ucapan tersebut, Rita Rudaini memuat naik video kenangan memaparkan Rayyan sewaktu kecil sehinggalah meningkat usia.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak dan memuji kecekalan hati Rita Rudaini sebagai ibu. Mereka turut mendoakan agar anak sulung pelakon ini menjadi seorang yang berguna dan berbakti kepada dua ibu bapanya kelak.

Rita Rudaini
Hari jadi anak Rita Rudaini

Ada segelintir berkongsi rasa sebak melihat kenangan manis Rayyan bersama bapa walaupun tempohnya tidak lama.

Apa-apa pun, Happy birthday Rayyan!

Kredit: Rita Rudaini

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas