Connect with us

Oh! Media

Cik Epal Dedah Terpaksa Gunakan Polis Untuk Ambil Anak Dari Jofliam

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Oh! Artis

Cik Epal Dedah Terpaksa Gunakan Polis Untuk Ambil Anak Dari Jofliam

Pempengaruh dan usahawan, Cik Epal, mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa dia terpaksa mendapatkan bantuan pihak polis untuk mengambil kembali anak-anaknya, Han dan Yuki, daripada jagaan bekas suaminya, Jofliam.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Cik Epal mendakwa bahawa Jofliam tidak memberi kerjasama dan turut menyekat nombornya di WhatsApp, menyebabkan dia tidak mempunyai cara lain selain menggunakan media sosial untuk mendedahkan situasi sebenar.

“Now pulangkan Han & Yuki kepada aku”- Cik Epal.

Img 2936

Menurut Cik Epal, dia telah bersetuju untuk membiarkan anak-anak mereka dijaga oleh Jofliam buat sementara waktu sehingga rumah baharunya siap. Namun, apabila tiba waktu untuk mengambil mereka kembali, Jofliam gagal menunaikan janji.

IKLAN

Sebelum ni cakap selagi rumah aku tak siap, kau nak jaga. Kau akan bagi bila rumah aku dah siap. Ok now rumah aku dah siap, bagi Han & Yuki aku jaga pulak.

Dalam video tersebut, kelihatan Cik Epal hadir bersama beberapa anggota polis untuk ke rumah yang didiami oleh Jofliam bersama anak-anak mereka.

Tiada perkembangan lanjut, Cik Epal enggan panjangkan isu…

Setakat ini, tiada maklumat lanjut yang dikongsi mengenai situasi sebenar selepas kehadiran pihak polis di kediaman Jofliam. Namun, Cik Epal menegaskan bahawa dia tidak mahu memanjangkan kes dan hanya mahukan anak-anaknya kembali ke pangkuannya.

Now pulangkan Han & Yuki dekat aku. Jangan buat harta macam Han & Yuki hak kau seorang.

Pendedahan ini telah menarik perhatian netizen, dengan ramai yang memberikan sokongan kepada Cik Epal dan berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik demi kebajikan anak-anak mereka.

#ApaKataOhmedia

Dalam kes hak penjagaan anak selepas perceraian, adalah penting bagi kedua-dua ibu bapa untuk mengutamakan kebajikan anak-anak dan mematuhi perjanjian yang telah dipersetujui.

Komunikasi yang baik dan sikap bertanggungjawab amat diperlukan agar anak-anak tidak menjadi mangsa dalam pertelingkahan ibu bapa.

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas