Connect with us

Oh! Media

“Chill Netizen” – Puteri Sarah Didakwa Bakal Jumpa Ira Kazar, Syamsul Diminta Buat Live Nanti?

Oh! Artis

“Chill Netizen” – Puteri Sarah Didakwa Bakal Jumpa Ira Kazar, Syamsul Diminta Buat Live Nanti?

Terdapat laporan dari satu blog tidak dikenalpasti mendakwa yang pelakon, Puteri Sarah bakal bersemuka dengan madunya, Ira Kazar tak lama lagi. Biar betul?

ADVERTISEMENT

Menerusi IG Story, Sarah mengatakan yang laporan itu sama sekali tidak benar dan sama sekali juga tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu. Pergh! Pandai buat cerita.

Perkara itu dikatakan tidak mungkin terjadi lagipun dirinya kini sedang berada di Makkah untuk menunaikan ibadah umrah bersama dua anaknya. 

Ramai beritahu Sarah ni. Aduh, kelakar lah. Tak mungkin terjadi.

Saya pun masih berada di Makkah. Chill netizen, kreatif betul cerita.

Ini macam pun ada. Pandai-pandai buat cerita. Kah! Siap suruh Syamsul Yusof buat live lagi kalau kedua-dua isterinya bersemuka. 

Apapun, semoga yang terbaik buat keluarga mereka. Kita sebagai orang luar ni, tolonglah jangan jadi batu api ya. Biarlah mereka yang selesaikan sesama sendiri.

Kredit: IG Puteri Sarah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas