Connect with us

Oh! Media

“Celah Mana Saya Sindir Dan Kutuk, Tolong Jelaskan” – Caprice

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 12 25t092523420

Oh! Artis

“Celah Mana Saya Sindir Dan Kutuk, Tolong Jelaskan” – Caprice

Youtuber, Raeiz Hamed yang merupakan bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia mempertahankan pasukan keselamatan yang dikatakan lambat bertindak menyelamatkan mangsa banjir.

Menurutnya, pasukan keselamatan tidak seharusnya dihentam hanya kerana netizen tidak melihat ‘aksi’ mereka di laman sosial.

BACA: “Mereka Kata Kami Lambat, Tapi Tak Tahu Rumah Kami Pun Tenggelam” – Luahan Bomba

IKLAN

Youtuber ini turut menegur penyanyi rap, Caprice dan mempersoalkan adakah penyanyi itu pernah terlibat dengan tentera dan mengetahui prosedur untuk menggerakkan aset-aset ketenteraan negara.

Jelasnya lagi, sebenarnya ada aset-aset yang dimuat naik penyanyi berkenaan di Instagram tidak sesuai digunakan untuk membantu mangsa banjir.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram, Caprice menafikan dakwaan dia menyindir pasukan keselamatan. Kata Caprice tuduhan yang dibuat bekas anggota tersebut sangat berat dan boleh mencemarkan namanya.

Jelas Caprice, posting yang dibuatnya beberapa hari lalu adalah untuk menyatakan rasa rindu dengan sifat merdeka di mana kita semua bersatu dan tersusun. Dia juga rindu untuk melihat aset-aset yang hebat setiap tahun.

Kalau ade soalan pasal asset hebat tu.. tu adalah soalan amat serious. Celah mana kita sindir pasukan?

Kita punye PM sendiri mengaku there were flaws in our immediate response to the banjir and there was room for improvement.

Menurut Caprice lagi, dia sendiri datang daripada keluarga kakitangan kerajaan dimana ibunya dahulu seorang jururawat. Keluarganya yang lain ada bekerja sebagai polis, askar, tentera laut dan sebagainya.

The last thing i will do is sindir PASUKAN keselamatan. Celah mana saya sindir dan kutuk, the hard working people of bomba, askar, apm, polis pun tak tahu. Tolong jelaskan.

Difahamkan, Caprice cuba menghubungi Youtuber berkenaan namun panggilan tidak dijawab.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas