Connect with us

Oh! Media

“Mereka Kata Kami Lambat, Tapi Tak Tahu Rumah Kami Pun Tenggelam” – Luahan Bomba

Trending

“Mereka Kata Kami Lambat, Tapi Tak Tahu Rumah Kami Pun Tenggelam” – Luahan Bomba

Termasuk hari ini, ia merupakan hari ketujuh kejadian banjir berlaku di beberapa buah negeri dan ramai masyarakat terjejas hingga menderita kelaparan akibat tiada bekalan makanan.

ADVERTISEMENT

BACA: “Air Mata Tak Dapat Kembalikan Rumah Yang Musnah..” – Luahan Mangsa Banjir

Kebanyakan mangsa banjir yang terperangkap sebelum ini dilihat sering menyalahkan anggota penyelamat yang didakwa lambat menyelamatkan mereka.

Itulah luahan demi luahan menerusi media sosial yang beranggapan mereka tidak menjalankan tugas dengan baik dan seolah-olah mengabaikan penderitaan mangsa banjir.

Rumah sewa turut ditenggelami air, pegawai bomba tetap jalankan tugas

Seakan-akan menjawab tuduhan itu, seorang pengawai bomba telah tampil mendedahkan yang sebenarnya telah menjalankan tugas sejak hari pertama kejadian banjir.

Pegawai yang dikenali sebagai Mohd. Almizan Sabaeen itu telah bersama-sama menjalankan tugas menyelamatkan nyawa penduduk sedangkan dia juga mangsa kejadian banjir tersebut.

Anggota bomba melakukan rutin meronda di kawasan untuk mencari mangsa yang terperangkap di RTB Bukit Changgang. (Sumber: Utusan Malaysia)

Hal itu selepas rumah sewa miliknya turut ditengelami air sewaktu dia sedang bertugas di Kampung Labu Lanjut, Sepang.

Sebelum ke tempat bertugas, saya sudah bersiap sedia menyimpan segala dokumen penting selain barangan kerja dan barangan peribadi untuk dibawa ke balai.

Barangan elektrik juga sudah siap sedia ditutup suis kerana sedar banjir dijangka berlaku di kampung ini. Sewaktu kejadian, saya dan dua lagi rakan juga pegawai bomba tiada di rumah.

Jadi mangsa kemarahan penduduk, tak halang fokus menyelamatkan mangsa

Tambahnya, biarpun rumah sewanya di Kampung RTB Bukit Changgang turut dinaiki air, kejadian tersebut tetap tidak mengganggu fokusnya untuk terus berkhidmat.

Memang tak boleh nak buat apa, rumah sewa kami pun dinaiki air sama macam orang lain. Tetapi kami perlu teruskan khidmat kepada penduduk yang terkesan akibat banjir.

Ada penduduk marah mengatakan kami lambat, perkara itu biasa dan saya hanya ‘pekakkan’ telinga. Hal ini memandangkan banyak tempat terjejas ekoran banjir ini.

Rakan serumahnya, Adren Jainol turut reda akan kejadian itu serta sempat menyelamatkan beberapa barang penting termasuklah kereta sendiri.

Dia yang ditugaskan di bahagian pengurusan telah pun memindahkan segala barangan penting dan tetap menjadi tugas sebagai perkara pertama walaupun rumah sendiri ditengelami air.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas