Connect with us

Oh! Media

Caprice Tunai Janji, Jumpa Sharnaaz Lepas Habis Kuarantin

Caprice Sharnaaz 1

Oh! Artis

Caprice Tunai Janji, Jumpa Sharnaaz Lepas Habis Kuarantin

Salah faham yang tercetus di antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dan penyanyi rap, Caprice selesai apabila mereka sudah bersua muka. Dalam hantaran pendek yang dibuat Caprice di Instagram, dia dan Sharnaaz dilihat duduk semeja dan berbual rancak.

BACA:“Sebagai Orang Lebih Matang, Aku Minta Maaf” – Sharnaaz Mengaku Gurauan Agak Keterlaluan

Walaupun hantaran hanya disertakan kapsyen emoji berbentuk hati, netizen merasakan hubungan mereka berada dalam keadaan baik. Malah, netizen turut memuji sikap profesional kedua-dua selebriti tersebut dalam menangani masalah.

IKLAN

Terdahulu, kecoh di media sosial pertelingkahan di antara Sharnaaz Ahmad dan Caprice. Isu mula timbul apabila Sharnaaz dikatakan menyindir penyanyi itu yang baru pulang dari Jordan dalam sesi live di Instagram bersama Shukri Yahya.

Memberi respon kepada sindiran itu, penyanyi yang popular dengan lagu ‘Xde Hal Bro’ menganggap pelakon tersebut hanya berani dari jauh. Dia turut mengajuk Sharnaaz dengan gelaran sotong, satu karakter yang pernah dilakonkannya menerusi drama rantaian, Suamiku Encik Sotong.

Berang diejek, Sharnaaz mencabarnya untuk bertemu memandangkan dia sudah kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, penyanyi rap itu tidak dapat berbuat demikian kerana masih menjalani kuarantin.

Tidak lama selepas insiden itu, Sharnaaz bersikap matang apabila memohon maaf secara terbuka dan menganggap gurauannya selama ini agak melampau.

Sebagai orang yang lebih dewasa, pelakon tersebut berkata dia akan menyelesaikan masalah ini dengan baik.

Kredit: Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas