Connect with us

Oh! Media

caprice

Oh! Artis

Caprice Menang Kes Injunksi Interim Lawan Ebit Lew, Kini Bebas Bersuara Semula

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice akhirnya boleh menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi memihak kepadanya dalam kes injunksi interim yang melibatkan Ebit Lew.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice meluahkan rasa syukur atas kemenangan ini yang membolehkannya kembali bersuara dan berkongsi berita berkaitan individu terbabit.

IKLAN

“Alhamdulillah, kita menang” – Caprice

Dalam hantaran yang dibuat, Caprice menjelaskan dia terpaksa berdiam diri sebelum ini kerana terikat dengan injunksi interim yang dikenakan oleh pihak lawan.

Kena perintah injunksi punca Caprice berdiam diri selama ini

caprice

Bukan itu je, pihak lawan juga perlu membayar sejumlah wang yang tidak dinyatakan dalam perkongsian tersebut.

Ramai tanya kenapa Cap tiba-tiba lama senyap? Sebab pihak sana pasang injunksi interim so that I couldn’t say his name or cover his news. Tapi harini ni kita menang.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli turut berterima kasih kepada barisan peguamnya dari Messrs Thomas Philip atas usaha dan komitmen mereka dalam memastikan keadilan ditegakkan.

#OhmediaNasihat

Nampaknya Caprice sudah boleh bersuara semula selepas ini. Sebagai netizen, anda dinasihatkan supaya tidak menulis komen yang boleh berbaur fitnah. Tak pasal-pasal kena saman pula nanti!

caprice

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Caprice


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas