Connect with us

Oh! Media

Caprice Diburu Organisasi Gelap Di Hotel?

445597ea c2e8 4769 9893 649517157eb7

Oh! Artis

Caprice Diburu Organisasi Gelap Di Hotel?

Penyanyi rap Caprice baru-baru ini ada memuat naik hantaran Instagram terbaru yang berkongsikan perkembangan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin yang masih belum kesampaian.

BACA : “Satu Malaysia Kena Tipu” – Caprice Bakal Buat Pendedahan Lagi?

Dedah Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, dia menerima terlalu banyak ugutan di media sosial malah hingga ke dunia sebenar.

IKLAN

Meskipun begitu, semangatnya masih utuh dalam meneruskan misinya itu dan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar dikurangkan beban yang ditanggung dari hari ke hari.

Misi kita ni makin lama jadi terlalu dalam, sampai kita terima banyak ugutan..sampai seorang ahli organisasi gelap tiba-tiba muncul dekat hotel. Sampai IG akan kena delete..tapi kita tetap akan teruskan. Saya doa hari-hari untuk (Allah) tunjuk jalan dan kurangkan beban ini.

Ujarnya lagi, dia ingin memohon maaf kepada mereka yang terkesan secara langsung dan tidak langsung jika pendedahannya sebelum ini ada mengguris hati mana-mana pihak.

Tapi demi rakyat Palestin, kita sanggup bersuara dan lawan organisasi yang menggunakan isu Palestin untuk cuci duit. – tambahnya lagi.

Dalam akhir kata hantaran tersebut, Cap berkata dia akan menyelesaikan beberapa perkara sebelum kembali kepada pangkuan keluarga dan rakan-rakan yang dirindui.

Kata Caprice lagi, hantaran tersebut berkemungkinan untuk kali terakhir dan dia berhasrat untuk berehat panjang daripada media sosial.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas