Connect with us

Oh! Media

“Satu Malaysia Kena Tipu” – Caprice Bakal Buat Pendedahan Lagi?

caprice

Oh! Artis

“Satu Malaysia Kena Tipu” – Caprice Bakal Buat Pendedahan Lagi?

Penyanyi Caprice memaklumkan di Instagramnya hari ini bahawa dia telah menerima banyak ugutan daripada orang ramai gara-gara pendedahannya mengenai Ebit Lew dan juga perihal misi bantuan kemanusiaan di Gaza, tempoh hari.

ADVERTISEMENT

BACA: “Siapkan Diri Anda, Ia Akan Datang” – Caprice Beri Bayangan Baru

Ujar Caprice, dia sudah tidak boleh berdiam diri dan akan menerangkan setiap satu fitnah yang ditimpakan kepadanya semenjak pendakwah terkenal itu tampil memberi kenyataan mengenai isu tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Tambahnya lagi, rakyat Malaysia telah ‘ditipu’ oleh Ebit di sebalik penampilan alim yang ditonjolkan pendakwah tersebut kepada umum selama ini.

Saya akan terangkan satu per satu dan pertahankan diri daripada setiap tuduhan. Fitnah merupakan satu jenayah dalam Islam dan lagi teruk daripada membunuh. Insya-Allah, nanti kalian akan dapat lihat dan faham mengapa saya sangat terluka dan mengapa selama ini, satu Malaysia kena tipu.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Lenglui itu di sebuah hantaran video yang dimuat naik olehnya di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Terdahulu, Caprice ada mempersoalkan pernyataan Ebit Lew yang menyatakan dia telah menepis tangannya ketika mereka bertemu sekitar awal Julai lalu di Mesir ketika sesi siaran langsung Instagram, tempoh hari.

Disebabkan oleh itu, pemilik nama Ariz Ramli ini memberitahu bahawa dia ada menerima pelbagai ugutan daripada netizen sehingga ada yang mengugut untuk membunuhnya.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas