Connect with us

Oh! Media

Caprice Ajak Boikot Produk Sweden Dengan Gunting Baju Sendiri Teruk Dikecam Netizen

Oh! Artis

Caprice Ajak Boikot Produk Sweden Dengan Gunting Baju Sendiri Teruk Dikecam Netizen

Sebelum ini tular dia media sosial mengenai ahli politik negara Sweden yang bertindak membakar senashkah Al-Quran yang mengundang kemarahan rata-rata umat Islam. Kurang ajar kan?

ADVERTISEMENT

Perkara itu membuatkan ramai individu mengajak untik memboikot produk dan jenama besar dari negara itu termasuklah Ikea dan H&M.

Bukan tu jer, penyanyi Caprice turut meluahkan rasa geramnya di Instagram tapi caranya yang mengajak orang untuk memboikot mengundang kecaman netizen. Dah kenapa tu?

Menerusi klip pendek berkenaan, Caprice bercakap dengan nada marah dan mengajak netizen untuk boikot jenama H&M sambil menggunting t shirt berwarna putih dari kedai tersebut.

Rata-rata pengguna Twitter menyindir Caprice mahu memboikot tetapi dengan cara yang salah kerana menggunting baju dibeli sendiri.

Kata mereka sepatutnya kalau mahu memboikot adalah dengan tidak membeli apa-apa barangan daripada sesuatu jenama tersebut, bukan dengan membazir sebegitu.

Segelintir individu memerli Caprice kerana tidak berbuat perkara yang sama kepada barangan daripada Balenciaga ketika jenama itu terbabit dengan isu pornografi kanak-kanak sebelum ini.

Kredit: Twitter 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas