Connect with us

Oh! Media

“But*h!” – Azwan Ali Bengang Azmin Ali Tergamak Jadikan Rumah Pusaka Markas Perikatan Nasional

Oh! Artis

“But*h!” – Azwan Ali Bengang Azmin Ali Tergamak Jadikan Rumah Pusaka Markas Perikatan Nasional

Personaliti TV, Azwan Ali kecewa dengan abangnya sendiri, Azmin Ali dan perkara itu diluahkan di media sosialnya. Dah kenapa tu?

ADVERTISEMENT

Menurut satu hantaran di Twitter, Azwan Ali meluahkan rasa kecewanya kerana Azmin Ali tergamak gunakan rumah pusaka ibu dan bapanya yang berada di Hulu Kelang sebagai markas Perikatan Nasional (PN).

Kalau korang tengok video menerusi hantaran itu, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA beri amaran kepada Azmin dan mengatakan dia tidak ‘hadap’ bantuan daripada abangnya itu.

Azwan Ali

Memetik laporan dari Utusan Malaysia, Azmin Ali sebelum ini telah mengubahsuai rumah pusaka milik Allahyarham Haji Ali dan Mak Tom menggunakan kosnya sendiri.

Walau bagaimanapun, Azwan Ali tetap berasa kesal kerana ahli politik itu tergamak menggunakan rumah pusaka untuk tujuan politik.

Rumah pusaka itu sejak zaman arwah nenek, Rafeah Buang masih hidup. Masih ingat lagi semasa zaman remaja, saya duduk berdua dengan arwah di bawah pokok jambu. Saya rapat dengan nenek.

Rumah itu terlalu banyak nostalgia antaranya Datuk Sharifah Aini, Rohana Jalil dan Datuk Jamal Abdillah pernah merakamkan lagu Suasana Hari Raya.

Azwan berkata yang dia tidaklah berniat untuk jatuhkan abangnya sama sekali tambah lagi apabila Pilihan Raya Negeri yang tak lama lagi bakal berlangsung.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas