Connect with us

Oh! Media

“Bulan Julai Tak Bayar, Aku Viralkan!”- Aliff Syukri Dakwa Bapa Ikon Fesyen Berhutang Puluhan Juta

Ohmedia aliff syukri hutang

Oh! Artis

“Bulan Julai Tak Bayar, Aku Viralkan!”- Aliff Syukri Dakwa Bapa Ikon Fesyen Berhutang Puluhan Juta

Dah lama rasanya tak tengok Datuk Seri Aliff Syukri mengamuk kan. Kali ni Aliff Syukri munculkan diri dengan dakwaan baru mengatakan ada orang yang masih belum melangsaikan hutang puluhan juta ringgit kepadanya.

Usahawan itu meluahkan rasa kesal dan marah kerana individu terbabit dilihat hidup senang dan berbelanja mewah. Dalam pada itu, individu itu juga dikatakan merupakan bapa kepada seorang ikon fesyen terkemuka negara. Haa, siapa tu?

Hutang sebab projek usaha sama dalam perniagaan hartanah yang disertai Aliff Syukri…

Sepatutnya bila melabur saya akan dapat keuntungan daripada situ. Saya sertai sebab kredibiliti dia sebagai seorang yang berpengaruh tapi nampak gaya macam saya dah hampir nak ditipu.

Beli jam harga beribu, pergi London naik kapal terbang kelas pertama, aku pun naik ekonomi. Anak seorang ikon fesyen tapi saya taknak sebut. Saya dah buat surat pada bapa dia untuk selesaikan dan amaun tersebut cecah puluhan juta.

Bayar hutang atau dedah penghutang…

Dalam pada itu, Aliff memberikan amaran kepada individu terbabit untuk melunaskan bayaran atau jika tidak dia akan hebahkan dan ambil tindakan undang-undang.

IKLAN

Bulan Julai tak selesai (hutang), siap! Aku viralkan! Janji bulan dan bintang katanya anak pun jutawan. 

Tambah Aliff, dia memilih untuk tidak mendedahkan identiti individu terbabit kerana masih dalam proses perbincangan untuk melunaskan bayaran.

Ohmedia aliff syukri hutang

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas