Oh! Artis
“Bukan Sebab Skandal” – Punca Sebenar Perceraian Nubhan Dan Isteri Didedahkan
Sumber jelaskan punca cerai Nubhan tiada kaitan dengan orang ketiga.
Tiada angin tiada ribut, hari ini kecoh mengenai perceraian di antara selebriti popular, Nubhan dan isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Pasangan ini difahamkan sudah lebih 10 tahun bersama dan sering tampil dengan imej sweet di media sosial.
Memetik laporan mStar, sumber terdekat memberitahu punca perceraian pasangan tersebut agak rumit dan melibatkan faktor peribadi yang tidak dapat dikongsikan kepada umum.
“Tiada kaitan dengan orang ketiga” – Sumber

Namun, konflik rumahtangga mereka tiada kaitan dengan orang ketiga atau pun skandal. Buat masa ini, orang ramai diminta diberikan ruang kepada Nubhan dan isterinya untuk bertenang.
Saya mohon peminat beri ruang untuk Nubhan. Apa yang boleh saya kongsi, punca perceraian bukan disebabkan orang ketiga. Tiada istilah Nubhan atau isterinya mempunyai skandal.
Dalam masa sama, Nubhan dilaporkan enggan memberi sebarang kenyataan rasmi dan memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu.
Pssttt! Kadang-kadang, apa yang nampak bahagia di media sosial tak selalu menggambarkan realiti sebenar. Apa pun, Oh! Media doakan agar Nubhan dan bekas isteri terus kuat demi anak-anak serta menemui kebahagiaan masing-masing selepas ini.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 3 hours ago