Connect with us

Oh! Media

“Bukan Nak Balas Tapi..” – Syamsul Mengaku Silap Berdiam Sampai Dihentam Ibu Bapa Sendiri

Puteri Sarah Curang

Oh! Artis

“Bukan Nak Balas Tapi..” – Syamsul Mengaku Silap Berdiam Sampai Dihentam Ibu Bapa Sendiri

Sensasi hari ini konflik rumah tangga antara pengarah tersohor, Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana apabila Syamsul menfailkan tuntutan nusyuz di mahkamah.

Alasan yang dikemukakan Syamsul adalah Sarah meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020 dan menfitnahnya memukul serta tak beri nafkah.

Lebih mengejutkan apabila Syamsul dakwa isteri pertamanya itu masih berhubung dengan kekasih lama sewaktu zaman kolej.

IKLAN

BACA: Ini 2 Alasan Mengapa Syamsul Yusof Failkan Nusyuz Ke Atas Puteri Sarah

Ketika bercakap kepada media, Syamsul mengaku silap kerana banyak mendiamkan diri selama ini sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap dirinya.

Namun, Syamsul memberitahu dia ada sebab tersendiri iaitu tak mahu membuka aib dalam perkahwinan. Dia juga tak nak kenyataannya memberi impak buruk terhadap Sarah.

@mstarmalaysia Syamsul Yusuf akui berdiam diri adalah satu kesilapan sehingga dihentam ibubapa sendiri #mStar #PuteriSarahLiyana #syamsulyusof ♬ original sound – mStar Official

Tapi mungkin itulah kesilapan saya selama ni sehingga kedua orang tua saya tak tahu hal sebenar rumah tangga saya. Seperti yang umum tahu ibu bapa saya juga menghentam saya.

Mungkin dah tiba masanya, bukan mahu membalas atau lawan Sarah tapi ini dah melibatkan masyarakat, umum perlu tahu. Sarah juga perlu tahu.

Kata pengarah ini lagi, ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail turut menghentamnya susulan konflik yang timbul. Syamsul mendakwa kedua ibu bapanya sendiri tak tahu hal sebenar yang berlaku.

Kredit: TikTok mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas