Connect with us

Oh! Media

“Bukan Kawan Baik Saya” – Sering Tidur Di Rumah, Shila Amzah Jelaskan Siti Munirah Lebih Rapat Dengan Ibunya

shila amzah

Oh! Artis

“Bukan Kawan Baik Saya” – Sering Tidur Di Rumah, Shila Amzah Jelaskan Siti Munirah Lebih Rapat Dengan Ibunya

Sehingga ke hari ini, penyanyi era 1980-an, Dato’ ND Lala mengunci mulut dakwaan berkahwin kali kedua meskipun isterinya, Datin Fauziah Sarman sendiri membuat pendedahan di Instagram.

ADVERTISEMENT

BACA: “Ingat Cari Bibik Lari” – Netizen Terkejut Isteri ND Lala Akhirnya Dedah Wajah Sebenar Perosak Rumah Tangga

Lebih mengejutkan apabila wanita dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani itu dikatakan rakan sekolah anak sulung pasangan ini iaitu Shila Amzah.

“Tak layak dianggap rakan baik” – Shila Amzah

siti munirah nd lala

Menerusi laporan Harian Metro, Shila mengaku kenal dari zaman sekolah tetapi Siti Munirah tak layak dianggap rakan baik. Mereka diakui rapat dan Siti Munirah sering berkunjung serta tidur di rumahnya.

siti munirah isteri nd lala

Penyanyi lagu Patah Seribu ini berkata, Siti Munirah sering berkongsi masalah dengannya. Apabila semakin dewasa, mereka tak lagi rapat kerana dia suka menghilangkan diri dan Shila menganggap mereka tak lagi persefahaman.

Dia lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya.

Ujar penyanyi ini lagi, dia tak ada ucapan sama ada baik atau buruk untuk wanita itu. Malah, wanita itu sendiri tak berhak menerima apa-apa ‘rasa’ daripadanya.

Pada saya, tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu.

Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci.

Anak sulung daripada empat beradik ini menganggap ada hikmah di atas semua yang terjadi. Dia memberi sokongan penuh kepada ibu, Sebagai anak dia tak mendoakan keburukan, sebaliknya hanya mahu lihat kedua ibu bapa gembira.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas