Connect with us

Oh! Media

“Buatlah Apa Nak Buat..” – Syamsul Yusof Kata Pada Puteri Sarah

Untitled Design   1

Oh! Artis

“Buatlah Apa Nak Buat..” – Syamsul Yusof Kata Pada Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan bahawa dia ada meminta pendapat bekas suami, Syamsul Yusof berkenaan hasratnya untuk menyaman bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan.

Menurut laporan mStar, Puteri Sarah ada menghubungi Syamsul dan berbincang tentang apa yang patut dilakukannya kerana perbuatan Wiwi itu telah menjejaskan imejnya.

56c89fb8 45f5 4fe0 a79a d8dc45d38dfc

Saya baru dapat tahu info tentang wanita berkenaan masih lagi bercakap tentang saya di media sosial pada hari saya baru habis tempoh edah.

Saya hubungi Syamsul dan tanya dia apa nak buat? Kita dah tak ada masalah tapi orang lain pula yang ada masalah dengan kita.

Kalau saya tak buat sesuatu, perkara ini akan berpanjangan dan akan menjejaskan imej saya, jadi Syamsul kata pada saya, awak buatlah apa yang awak nak buat, saya okay sahaja.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut mendapatkan pandangan bekas ibu bapa mentuanya dan mereka turut memberikan keizinan untuk dia berbuat demikian.

IKLAN

Kali ini saya memang buat betul-betul (saman) dan tak akan tarik semula. Dulu saya tarik saman kerana saya dan Syamsul mencapai kata persetujuan supaya kami boleh hidup dengan tenang.

Puteri Sarah juga berkata wanita berkenaan ada menghubunginya namun tidak membalas sebarang mesej dan menyerahkan perkara itu kepada peguam kerana bimbang timbul isu yang lain pula.

Terdahulu, Puteri Sarah memaklumkan bahawa dia ada mengeluarkan penyata tuntutan kerana memfitnah termasuk injuksi terhadap Wiwi Davinda Mazwena Mazlan menerusi peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Difahamkan, Wiwi didakwa telah mengeluarkan kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas