Connect with us

Oh! Media

Blacklist Seumur Hidup, Amelia Henderson Akhirnya ‘Digam’ Dari Berlakon Produksi A. Aida

Oh! Artis

Blacklist Seumur Hidup, Amelia Henderson Akhirnya ‘Digam’ Dari Berlakon Produksi A. Aida

Hari ini tular di media sosial mengenai keputusan perbicaraan antara penerbit popular, A. Aida bersama pelakon cantik, Amelia Henderson.

ADVERTISEMENT

BACA: Amelia Henderson Tetap Hormat A. Aida Dan Akan Fail Rayuan

Berikutan keputusan mahkamah memberi kemenangan buat penerbit tersebut, A. Aida mengambil langkah drastik untuk ‘blacklist’ Amelia daripada berlakon dengan syarikat produksinya.

Tiada lagi kerjasama dengan A. Aida

a.aida

Memetik laporan Kosmo, tindakan yang diambil oleh A. Aida itu dilakukan untuk mengelak kejadian bersama Amelia terjadi lagi di masa akan datang.

Saya akan ‘blacklist’ dia seumur hidup. Takkan sama sekali bekerjasama dengannya lagi. Macam saya cakap, ini pertama kali jumpa artis spesis sebegini. Lain kali kalau ambil (berlakon), mungkin dia akan buat lagi.

Penerbit juga menambah dirinya lebih rela mengambil bakat baharu yang lain yang tidak akan menyusahkan atau menyulit keadaan.

Saya nak beri peluang kepada artis-artis baharu yang tidak bermasalah. Tak nak dah artis yang esok nak shoot, malamnya tarik diri. Minta maaflah.

Hari ini, Mahkamah Sesyen Sivil telah mengarahkan Amelia Henderson untuk membayar RM200,000 kepada A. Aida kerana telah melanggar kontrak syarikat penerbitan.

Hakim juga meminta pelakon itu membuat pemohonan maaf dan memadam semua perkongsian video di media sosial mengenai kenyataan berbaur fitnah terhadap syarikat A. Aida.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas