Connect with us

Oh! Media

“Biasalah Artis Kena Saman..”- Michael Ang Jawab Isu Saman RM500,000

ohmedia michael ang saman

Oh! Artis

“Biasalah Artis Kena Saman..”- Michael Ang Jawab Isu Saman RM500,000

Pengarah dan penerbit drama, Michael Ang sedar tentang isu yang hangat diperkatakan ketika ini selepas pihak syarikat pengurusan Armani Entertainment (AE) bertindak menyamannya akibat pelanggaran kontrak.

Pihak AE difahamkan menuntut RM500,000 ke atas Michael Ang atas sebab pelanggaran beberapa perjanjian strategik antara kedua-dua pihak sejak Oktober 2021.

Michael Ang tenang dan anggap isu saman adalah perkara biasa…

Michael bagaimanapun tenang dan merasakan perkara saman menyaman dalam dunia selebriti adalah perkara biasa. Dia bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang dan menyerahkan hal itu kepada peguamnnya.

IKLAN

Biasalah orang atau artis kena saman. Dia orang fikir dia betul dan saya fikir saya betul. Buat masa sekarang, saya tak ada komen biar peguam yang selesaikan.

Michael juga memohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat menjawab panggilan gara-gara sibuk dengan kerja.

Minta maaf kepada wartawan yang saya tak sempat jawab atau balas. Ini saja kenyataan daripada saya ya. Tengah sibuk shooting dan pakai sunscreen jaga kulit sebab shooting kat tengah panas.

Semoga Michael Ang dimudahkan segala urusan olehNya.

ohmedia michael ang saman

Jap!


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas