Connect with us

Oh! Media

Bertahun Simpan Rahsia, Diana Danielle Dedah Pernah Jadi Mangsa Pukul Bekas Kekasih

Oh! Artis

Bertahun Simpan Rahsia, Diana Danielle Dedah Pernah Jadi Mangsa Pukul Bekas Kekasih

Pelakon jelita, Diana Danielle dedah yang dirinya pernah menjadi mangsa pukul bekas teman lelakinya sendiri. Kurang ajar betul!

ADVERTISEMENT

Menerusi satu podcast Studio Sembang bersama host Amelia Henderson, Diana mengatakan yang kejadian tersebut berlaku sewaktu dia berusia 17 tahun selepas menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketika itu ada benjolan besar di belakang kepala saya gara-gara di pukul oleh seseorang. Saya telah didera secara fizikal waktu itu.

Saya putuskan hubungan kami selepas peristiwa hitam itu dan saya sangat gembira. Memang takada ‘diskaun’! Saya tahu apa yang saya mahu dan tidak untuk diri saya.

Kemudian Farid Kamil tampil dalam hidupnya dan memberikan perasaan yang berbeza kerana memiliki sifat lelaki idaman kata Diana.

Saya pernah bekerja dengan dia (Farid) dan saya juga merupakan peminat dia dan menyukai dia sebelum kami bercinta lagi.

Yang lepas biarlah lepas. Apapun, semoga lelaki berkenaan berubah menjadi lebih baik buat isterinya kini kalau sudah berkahwin.

Kredit: Youtube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas