Connect with us

Oh! Media

Berpisah Atau Bermadu? Puteri Sarah Minta Tunggu Keputusannya Nanti

Oh! Artis

Berpisah Atau Bermadu? Puteri Sarah Minta Tunggu Keputusannya Nanti

Panas di media sosial sejak semalam apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand. Perkara ini sekaligus menjawab dakwaan yang dibangkitkan pelakon Puteri Sarah sebelum ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Akhirnya! Syamsul Yusuf Mengaku Dah Nikah Dengan Ira Kazar Berwali Bapa Ira Sendiri

Menurut Puteri Sarah, gerak hatinya sebagai seorang isteri yang mengatakan suaminya itu telah berkahwin dengan Ira Kazar selama ini adalah benar.

Berpisah atau bermadu?

Menerusi satu posting yang telah dimuat naik oleh Sarah di Instagram, pelakon itu telah berasa lega akhirnya Syamsul memberitahu perkara yang sebenar selepas diasak olehnya begitu lama.

Sama ada saya dan Syamsul akan berpisah atau sebaliknya, kita tunggu sahaja nanti.

Tambahan, Sarah juga mendakwa Ira telah melanggar perintah injuksi yang telah ditetapkan oleh mahkamah dengan mengambil keputusan untuk bernikah bersama suaminya di Thailand.

Kalau mengaku sejak awal tidaklah saya turun naik mahkamah dan pergi ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membuat laporan terhadap gangguan dibuat oleh Ira. Sekarang, Ira boleh didakwa menghina mahkamah dengan melanggar perintah injuksi. Apapun, jumpa isteri baharu anda di mahkamah.

Sebelum ini, Sarah juga mendedahkan bahawa Syamsul telah menyekat nombor telefonnya dan enggan mahu berbincang mengenai hal rumah tangga antara mereka.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas