Connect with us

Oh! Media

“Berkat Doa Dia, Ramai Datang Beli” – Azlee Syukur Ebit Lew Datang Dan Beli Buah

99306eab 225f 4d65 b97e b50d576745e8

Oh! Artis

“Berkat Doa Dia, Ramai Datang Beli” – Azlee Syukur Ebit Lew Datang Dan Beli Buah

Baru-baru ini, tular di media sosial beberapa keping foto menunjukkan pelawak Azlee Senario berniaga buah-buahan di tepi jalan yang terletak di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh.

BACA : Tak Malu Berniaga, Gerai Buah Azlee Senario Laku Sejak Viral

Menurut laporan mStar, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew pada Sabtu lalu ada datang melawat gerai milik Azlee dan membeli buah-buahan yang dijualnya serta memberi sedikit wang sumbangan. 

IKLAN

Ustaz Ebit Lew juga sempat memberikan kata-kata semangat buat Azlee untuk terus mencari rezeki dalam keadaan pandemik ketika ini. Menurut Azlee ketika dihubungi pihak mStar, kedatangan Ebit Lew ke gerainya adalah satu kejutan besar. 

Ustaz ada beri semangat sebagai satu sumber dan ilham untuk saya mencari rezeki di kala pandemik. Dia juga ada membeli buah-buahan serta ada memberi sedikit sumbangan. 

Saya sangat bersyukur dan berkat doanya, ramai orang datang membeli, Alhamdulillah.. 

Apapun, semoga urusan kita semua dipermudahkan ketika pandemik ini. Diharapkan juga agar semua tidak melanggar SOP yang telah ditetapkan kerajaan supaya dapat mengurangkan penularan wabak yang melanda.

Kredit:  mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas