Connect with us

Oh! Media

Bekas Isteri Engku Emran Didakwa Sudah Bernikah Dengan Pendakwah Terkenal Sebagai Isteri Ketiga

Ohmedia laudya cynthia bella nikah pendakwah

Oh! Artis

Bekas Isteri Engku Emran Didakwa Sudah Bernikah Dengan Pendakwah Terkenal Sebagai Isteri Ketiga

Agak kecoh seketika di media hiburan negara seberang apabila muncul dakwaan mengatakan bekas isteri kepada Engku Emran iaitu pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella sudah bernikah selepas empat tahun bercerai.

Khabar tersebut mula menjadi tular apabila ia dikongsi di laman sosial popular Indonesia, Lambe Turah.

Laudya Cynthia Bella didakwa bernikah sebagai isteri ketiga kepada seorang pendakwah terkenal…

Difahamkan, majlis pernikahan Laudya dengan pendakwah tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat dan dibuat secara tertutup.

IKLAN

Selamat atas pernikahan Ustaz Muhammad Nuzul Dzikri, semoga makin tambah rezekinya, berkat dan selamat dunia akhirat.

Meskipun pelakon itu masih belum tampil memberi sebarang kenyataan rasmi, berita pernikahan tersebut mendapat respon positif daripada netizen seberang apabila rata-ratanya meninggalkan ucapan tahniah buat Laudya dan Nuzul Dzikri.

Bersyukur jika benar Bella menjadi isteri ketiga Ustaz Nuzul Dzikri. – Komen seorang netizen.

Ohmedia image 16

Sebelum ini, Laudya pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Erra Fazira, Engku Emran namun perkahwinan yang dibina hanya bertahan selama tiga tahun.

Ohmedia laudya cynthia bella nikah pendakwah

Jap!


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas