Connect with us

Oh! Media

“Berat Sungguh Kaki Mahu Meninggalkan Emak Di Tanah Kubur” – Chef Wan

Oh! Artis

“Berat Sungguh Kaki Mahu Meninggalkan Emak Di Tanah Kubur” – Chef Wan

Semalam, negara kita dikejutkan dengan khabar berita pemergian ibu kepada Chef Wan, Cik Ani yang telah meninggal dunia dalam tidur.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Chef Wan, Che Ani Meninggal Dunia Dalam Tidur Subuh Tadi

Chef Wan telah menyampaikan berita tersebut di media sosial dan memberitahu bahawa ibunya telah menghembuskan nafas terakhir berikutan kanser tahap empat.

Syukur urusan dipermudahkan

Menerusi posting terbaru oleh Chef Wan, beliau menitipkan rasa syukur kerana urusan jenazah ibunya berjalan dengan lancar dan berterima kasih kepada orang ramai yang terlibat.

Alhamdulillah ibu telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Cyberjaya 10. Segala-galanya berjalan dengan lancar dari dimandikan dan dikafan jenazah di Masjid Putra Putrajaya sampai la pengebumian beliau.

Dalam pada masa yang sama, Chef Wan juga menyatakan bahawa dirinya tidak dapat menahan sebak ketika talqin dibacakan kepada Allahyarhamah.

Saya cuba untuk menahan air mata dari masjid sehingga ke tanah perkuburan tapi bila talqin dibaca akhirnya berderai juga air mata saya. Saya adalah orang terakhir meninggalkan kubur ibu, kerana saya mahukan masa bersendirian dengannya. Berat sungguh kaki mahu meninggalkan emak di tanah perkuburan tadi seorang diri. Berjurai lagi air mata saya.

Posting yang dimuat naik itu telah menarik perhatian netizen dan rata-rata komen mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan ibu Chef Wan di sana.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allayarhamah Cik Ani.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas