Connect with us

Oh! Media

“Berani Buat Tahi” – Dituduh Skandal Dengan Laki Orang, Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

shakilla khoriri

Oh! Artis

“Berani Buat Tahi” – Dituduh Skandal Dengan Laki Orang, Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Minggu lalu, kecoh diperkatakan mengenai pelakon Shakilla Khoriri yang didakwa bercinta dengan suami orang.

ADVERTISEMENT

Dakwaan itu dibuat oleh seorang individu yang bertindak menghantar foto-foto peribadi pelakon tersebut dengan seorang lelaki kepada media.

BACA: Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang Siap Laga Pipi Dan Lentok Di Bahu, Ini Penjelasan Shakila Khoriri

Namun, Shakilla tampil menafikan dakwaan tak berasas itu dan menjelaskan dia perlu berjumpa dengan ramai orang untuk tujuan kerja.

Terbaru, pelakon ini berpendapat dia perlu membersihkan nama demi maruah keluarganya. Pada awalnya Shakilla mahu memaafkan je individu itu, tetapi dia tak sangka perlu ‘hadap’ najis yang ditinggalkan si penghantar emel sehingga namanya buruk.

shakilla khoriri
Kredit foto: xtra

Malah, ibu tunggal kepada seorang anak ini menganggap si penfitnah sebagai pengecut kerana hanya berani di sebalik emel.

Come on. YOU COME AND SEE me infront of everyone kalau betul kamu dipihak yang benar. Bukan bersembunyi.

Kalau berani buat TAHI, maka aku anggap kamu juga berani untuk tanggung risiko atas perbuatan kamu.

Si penghantar EMAIL,
You start the game so LET’S PLAY.

Difahamkan, pelakon ini sedang memburu individu yang menghantar emel fitnah tersebut. Shakilla mahu membersihkan nama ibu bapa dan anak perempuan kesayangannya yang terpalit dengan kes ini.

Terdahulu, Shakilla menerusi laporan Kosmo! berkata, dia hairan apabila gambar-gambar ‘mesra’ itu disebarkan semula oleh seorang individu sedangkan isu tersebut sudah lama berlaku.

Malah, pelakon ini mempersoalkan adakah penghantar emel pasti lelaki tersebut adalah suami orang.

Kredit: Instagram Shakilla Khoriri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas