Connect with us

Oh! Media

Bella Kecewa Tiket Konsert Justin Bieber Yang Berjaya Dimiliki Tiba-Tiba Ditarik Semula?

Ohmedia bella astillah

Oh! Artis

Bella Kecewa Tiket Konsert Justin Bieber Yang Berjaya Dimiliki Tiba-Tiba Ditarik Semula?

Ramai yang meluahkan rasa kecewa mereka apabila tidak berjaya mendapatkan tiket konsert Justin Bieber tempoh hari. Mana tidaknya, tidak sampai 3 jam tiket itu dijual, terus sold out.

BACA: Tiket Konsert Justin Bieber Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam. Tiket Dijual ‘Reseller’ Tak Boleh Pakai?

Bagaimanapun, nasib penyanyi dan pelakon, Bella Astillah lebih malang selepas dia yang sudahpun berjaya melakukan bayaran dan mendapatkan tiket berkenaan tapi tiba-tiba ditarik semula.

IKLAN

Bella meluahkan rasa kecewa tidak dapat tiket Justice World Tour itu di Instagram dan memaklumkan dia telahpun membayar sebanyak RM6,286. Pembelian tiketnya kemudian terbatal sendiri tanpa sebab yang jelas.

Saya percaya ramai di antara anda termasuk saya pernah berhadapan dengan isu mengecewakan seperti ini iaitu pembayaran dibatalkan tanpa sebab jelas. Saya menunggu dan beratur sama macam orang lain. – Luahnya.

Bella turut memaklumkan dia telah melaporkan masalah berkenaan kepada pihak penganjur untuk mendapatkan penjelasan.

Malah pihak bank turut memaklumkan telah meluluskan pembayaran, namun pihak anda memulangkannya semula (pembayaran) tanpa sebab. Tolong benarkan saya mendapatkan tiket dan jangan buatkan saya kecewa. – Tulis Bella kepada penganjur.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas