November lalu, pelakon dan penyanyi Bella Astillah dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di Ampang kerana mengalami sakit kepala yang teruk.
Hasil pemeriksaan, doktor mendapati ada cecair di bahagian dahi kanannya dan dia perlu bergantung kepada ubat tahan sakit. Tapi kalau tak baik juga, Bella dinasihatkan untuk menjalani pembedahan.
Kena sihir ke?
Terbaru, menerusi temubual bersama Melodi, isteri kepada Aliff Aziz ini menjawab kemungkinan dia terkena ilmu sihir disebabkan kerap jatuh sakit.
Menurut Bella, sejak kebelakangan ini dia selalu kurang sihat dan tak boleh bekerja seperti biasa. Dia tiba-tiba sakit, tak ada suara dan rasa tak boleh buat persembahan.
Benda tu on off on off tak sihat-sihat. Kita tahu diri kita jadi lain. Kuat marah-marah.
Anak keduanya juga setiap hari akan menangis, jerit-jerit dan meracau pada tengah malam. Bila check dengan doktor, anaknya tak ada sebarang masalah kesihatan membuatkan dia ikhtiar dengan rawatan Islam.
Setiap hari Bella mimpi, Bella mimpi ular. Bella mengadu dengan mama, “Kak Long mimpi ular lagi”. Mama kata, “kalau mimpi ular orang belum kahwin maksudnya ada orang nak meminang. Tapi Kak Long dah kahwin”.
Menurut pelakon berasal dari Sabah ini, dia langsung tak terfikir mengenai sihir sebelum ini sehinggalah dia dan keluarga tak sihat.
Jika benar, tak akan maafkan pelaku
Bella ada minta ustazah bawakan air zam zam dan dia mula bercerita mengenai mimpi ular yang dialaminya selama 4 hari berturut-turut.
Sebagai ikhtiar, mereka sekeluarga turut ‘menghidupkan’ rumah dengan solat jemaah dan zikir.
Kalau betullah awak buat macam tu. Saya sangat bersimpati dengan awak. Mungkin awak tak bahagia. Saya sangat kecewa, susah nak maafkan. Impak terhadap rumahtangga saya sangat besar. Tak nak lah gembar gembur dekat orang. Alhamdulilah berkat anak-anak juga, Bella dan Aliff fight untuk perkahwinan kami.
Kata Bella lagi, sejak jatuh sakit, dia cuba elakkan daripada berkongsi foto bersama keluarga di media sosial. Dia mahu mengelakkan perkara tak diingini seperti ini.
Dengan linangan air mata, Bella berkata sebagai anak sulung dia perlu kuat kerana ada ibu bapa dan adik beradik di bawah tanggungannya.
Kredit: Melodi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.