Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Kantoi Berpakaian Seksi Di Tepi Pantai, Ini Penjelasan Tuan Badan

Untitled Design   1

Oh! Artis

Bella Astillah Kantoi Berpakaian Seksi Di Tepi Pantai, Ini Penjelasan Tuan Badan

Tular satu video di media sosial menunjukkan pelakon, Bella Astillah sedang berpakaian seksi ketika bermain bola tampar di tepi pantai telah mengundang perhatian ramai.

Terbaru! Menurut laporan Oh! Bulan, Bella akhirnya tampil bersuara mengenai perkara itu dan berkata insiden itu berlaku secara tidak sengaja ketika dia beriadah bersama keluarganya.

Video itu tidak sengaja dimuat naik salah seorang ahli keluarga yang berada dengan Bella ketika itu.

IKLAN

Sebenarnya, kejadian itu berlaku waktu saya bercuti di sebuah pulau ‘private’ di Sabah dan hanya disertai oleh ahli keluarga sahaja.

Mungkin kerana terlalu teruja sebab dah dua tahun tak jumpa, mak cik Bella terlepas pandang dan ‘upload’ video itu di media sosial.

Tetapi dia sudah meminta maaf mengenai perkara itu.

Bukan tu jer, pelakon itu juga memohon maaf atas perkara itu dan berjanji akan berhati-hati selepas ini sebelum memuat naik apa-apa hantaran di media sosial.

Manusia melakukan kesilapan dan kami pun sebenarnya sudah berbincang bahawa tiada gambar yang akan dikongsikan, tetapi mungkin berlakunya kesilapan.

Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebab anak-anak pun makin membesar dan mereka boleh melihat bermacam-macam yang dimuat naik di media sosial.

Apa-apa pun, saya  minta maaf sangat-sangat atas kejadian itu.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Oh! Bulan


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas