Connect with us

Oh! Media

Bella Astillah Jawab Tuduhan Rancang Tangkap Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies

Bellaastillah aliffaziz ohmedia

Oh! Artis

Bella Astillah Jawab Tuduhan Rancang Tangkap Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies

Orang tu tengah bersedih, boleh pula ada tuduhan pelik-pelik macam ni. Bella Astillah bagaimanapun sedar ada pihak menuduhnya merancang untuk perangkap suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama Ruhainies.

BACA: Dr Zulkifli Beri Nasihat Kepada Bella Astillah Tapi Netizen Kecam Pula

Bella kemudian mengakui terkejut dengan tuduhan itu dan menegaskan dirinya tidak tergamak merancang untuk mengenakan kawan baiknya sendiri.

IKLAN
Image 45

Kenapa saya nak rancang macam itu? Saya sendiri pun terkejut. Semua tahu saya baik dengan pelakon wanita terbabit.

Sebenarnya boleh periksa dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Tak boleh nak cakap apa sebab benda ini sudah terjadi. Sekarang saya fokus untuk move on sahaja.

Dalam pada itu, Bella mengakui memang ada individu yang menghubunginya untuk berjumpa kerana ingin menyampaikan maklumat berkaitan suaminya namun masih belum sempat untuk berjumpa kerana sibuk dengan kerja.

Bella sebelum ini telah memfailkan cerai terhadap Aliff sebaik sahaja kejadian ini berlaku tetapi sebutan ditangguhkan kerana Aliff tidak hadir ke Mahkamah Syariah kerana terikat dengan jadual penggambaran drama.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas