Oh! Artis
Bella Astillah Jawab Dakwaan Rampas Watak Lakonan Yang Sepatutnya Dipegang Pelakon Wanita Terkenal
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia telah merampas watak lakonan drama ‘Satu Hari Nanti’ daripada seorang pelakon wanita yang lain.
Bella yang ditemui media terus terkejut sebaik sahaja mendengar dakwaan itu kerana dia mendakwa tawaran lakonan itu diberikan pihak produksi Macha All Star United.
Saya tidak tahu mengenai perkara itu, pihak penerbit pernah maklumkan pilihan watak utama cerita ini iaitu Marisa adalah antara saya dan Eyka Farhana.
Tapi selepas beberapa rombakan, akhirnya Eyka memegang watak Marissa manakala saya memegang watak Aulia. Jadi, saya memang tidak tahu sekiranya watak ini sepatutnya dilakonkan oleh orang lain.
Saya minta maaf kepada individu berkenaan, kalau ada yang kata saya rampas wataknya. Saya memang tidak diberitahu apa-apa mengenainya.
Bella juga turut meminta maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati dengan tawaran yang diterimanya kerana dia sendiri tidak mengetahui apa-apa mengenainya.


Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM