Oh! Artis
Bell Ngasri Akui Gelabah Bakal Disaman, Rupanya Rosyam Nor Dah Tahu Perkara Sebenar
Sebelum ini kami melaporkan yang pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor akan saman pihak-pihak yang menuduhnya menjadi punca keruntuhan rumah tangga Fattah Amin dan Fazura. Nama pelawak, Bell Ngasri juga terpalit dengan isu ini dan dikatakan turut mengeluarkan kenyataan palsu. Biar betul?
BACA: Dituduh Jadi Punca Fattah Dan Fazura Berpisah, Rosyam Nor Nak Saman Pemfitnah
Terbaru! Menurut laporan Oh Bulan, rupanya akaun media sosial yang menggunakan nama Bell itu adalah palsu dan dirinya berasa lega selepas Rosyam juga tahu perkara itu.
Kecoh bila Rosyam buat laporan polis dan tiba-tiba ada nama saya.
Bila pula saya bercerita tentang hal orang? Rupanya ‘fan page’ akaun palsu. Terus saya muat naik penjelasan di Instagram bagitahu bahawa akaun itu bukan saya.
Alhamdulillah rupanya dia (Rosyam) memang dah tahu itu kerja orang lain.
Tapi yang menggelupur saya seorang, fasal benda itu ramai pula guna nama artis untuk buat ‘fan page’ dan muat naik cerita mengarut yang ada unsur fitnah.
Bell juga berkata yang dia tidak tahu apa tindakan yang dia harus lakukan mengenai isu ini selepas ditanya pihak media.
Saya bukan tak nak ambil tindakan tapi saya tak tahu nak buat apa.
Sebenarnya saya dah pernah tegur jangan guna nama sebab bahaya tapi tiada apa-apa tindak balas.
Jadi bila Rosyam nak saman, saya jadi risau sebab saya ini penakut sikit.
Tapi tidaklah terfikir sampai nak buat laporan polis walaupun sekarang makin dipijak pula bila berdiam diri.
Sekarang ni dah ada banyak akaun palsu yang gunakan nama orang lain untuk buat perkara yang tidak sepatutnya. Hati-hati semua.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM