Oh! Artis
Bekas Tunang Hina Pelakon Hanya Ada RM500 Dalam Bank, Rakan-Rakan Tampil Back Up!
Bekas tunang Muntazar Ghufran berkata dia belum layak kahwin kerana ada RM500 je dalam bank!
Nampaknya kisah pertunangan antara pelakon Saidah Kamarudin dan Muntazar Gufran masih belum reda.
Terbaru, Saidah meluahkan rasa menyesal mengenali bekas tunangnya yang dikatakan tidak layak lagi untuk berkahwin.
Saidah kata bekas tunang hanya ada RM500 dalam bank

Saidah mendakwa bekas tunangnya hanya ada RM500 dalam bank dan mengakui punca putus tunang kerana Muntazar tak ada duit.
Kenyataan berbaur hinaan dari Saidah itu telah mengundang rasa kurang senang rakan-rakan rapat Muntazar Gufran.
“Dah jadi PA, videographer, driver… Mana tak habis duit dia?”
Antara yang tampil ‘back up’ adalah pelakon Bella Dowanna menyifatkan wanita itu tidak sedar diri.
Menerusi satu hantaran Instagram Story, Bella mendakwa selama ini Muntazar banyak menghabiskan wangnya dengan menjadi ‘balaci’ tidak berbayar wanita itu.

Tambah Bella lagi, setiap kisah ada dua sisi dan orang luar tidak sepatutnya menilai hanya dari satu pihak semata-mata.
Sementara itu, rakan-rakan Muntazar turut berkongsi pandangan bahawa lelaki itu seorang yang baik, ikhlas dan sanggup berkorban demi orang tersayang.



Malah, ada yang menyifatkan dia diselamatkan daripada hubungan yang toksik. Mereka mengenali Muntazar bukan sejenis lelaki yang mudah melatah dan sentiasa menjaga hati orang sekeliling.
Muntazar pilih diam, tak mahu respon kenyataan bekas tunang

Dalam pada itu, Muntazar sendiri mengambil pendekatan untuk tidak membesarkan isu tersebut. Menerusi kenyataan di media sosial, dia menyatakan bahawa lebih baik berdiam diri demi menjaga maruah dirinya.
Pssttt! Kalau dah tak ada jodoh, sebaiknya move on je. Tak perlulah saling memburukkan di media sosial.
Kredit: Instagram Muntazar Ghufran
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.