Connect with us

Oh! Media

Bekas Isteri Luah Rasa Lega, Sam Bunkface Diarah Bayar Tunggakan Nafkah Anak

sam bunkface

Oh! Artis

Bekas Isteri Luah Rasa Lega, Sam Bunkface Diarah Bayar Tunggakan Nafkah Anak

Penyanyi, Sam Bunkface diarah untuk bayar tunggakan nafkah anak dan perkara itu buatkan bekas isterinya, Aida Azira meluahkan rasa leganya.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah memerintahkan perkara itu selepas Sam gagal mematuhi perjanjian nafkah untuk membayar sebanyak RM1,300 sebulan dimana perjanjian itu telah dibuat pada tahun 2021.

Keputusan hari ini mahkamah memerintahkan Sam kena bayar duit nafkah seperti diperintahkan sebelum ini.

Peguam yang mewakili Aida juga mengatakan yang Sam perlu membayar semula tunggakan tersebut dalam tempoh kurang daripada 12 bulan kepada anak guamnya. Keptusan mahkamah yang berpihak kepada Aida membuatkan dirinya amat bersyukur.

Alhamdulillah syukur sangat itu saja saya boleh katakan.

Walau bagaimanapun, Sam tidak mahu memberikan sebarang komen ketika ditanya pihak media mengenai keputusan mahkamah sebelum terus beredar.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas