Connect with us

Oh! Media

“Kau Jangan Bagi Aku Menyalak Pula” – Bekas Isteri Dakwa Hafidz Roshdi Tak Bayar Nafkah Anak

hafidz roshdi

Oh! Artis

“Kau Jangan Bagi Aku Menyalak Pula” – Bekas Isteri Dakwa Hafidz Roshdi Tak Bayar Nafkah Anak

Konflik antara pelakon Hafidz Roshdi dan bekas isterinya kembali panas selepas wanita itu meluahkan rasa ‘terhibur’ dengan tindakan Hafidz yang didakwanya menghantar surat LOD (Letter of Demand) di atas dakwaan fitnah.

BACA: Hafidz Roshdi Dapat Hak Lawatan Anak Masa Cuti Sekolah, Shuhada Diperintah Pulang Dari Australia

IKLAN

Shuhada Shukri mempertikaikan kemampuan pelakon itu membayar peguam namun gagal melunaskan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

“Duit nafkah satu sen tak bagi”

hafidz roshdi

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, Shuhada mendakwa Hafidz gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dengan baik.

Dari kau dok hantar LOD segala bagai tu, kau lunaskan segala tanggungjawab dekat anak-anak, duit nafkah satu sen tak bagi, tunjuk kau tu bapak yang bertanggungjawab sikit. Aku diam eh ni, kau jangan bagi aku menyalak pulak.

Namun, dia hanya berdiam diri selama ini kerana mahu menjaga kesihatan mental dirinya dan anak-anak.

“Jangan sampai aku buka kes dekat Australia”

Dalam satu lagi perkongsian, dia turut memberi amaran keras kepada Hafidz agar tidak terus mencabar kesabarannya.

shuhada shukri

Kata Shuhada lagi, daripada buang duit membayar kos guaman sebaiknya duit itu digunakan untuk anak-anak.

Lebih mengejutkan, dia mendakwa Hafidz telah kalah teruk dalam satu kes mahkamah, namun masih cuba menegakkan benang basah dengan menyebarkan fakta yang didakwanya telah diputarbelit.

‘Boo ada lawyer pun kalah teruk”

Luahan Shuhada itu turut menyentuh soal perintah mahkamah dan hak lawatan anak-anak di mana Shuhada meminta Hafidz datang ke Australia untuk berjumpa anak-anak dan bukan sebaliknya.

Pssttt! Fuh lantang Shuhada bersuara kali ni. Memang patut Hafidz yang datang berjumpa anak kerana anak-anak sedang bersekolah di Australia sekarang ni kan?

Kredit: Instagram Shu Shukri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas