Connect with us

Oh! Media

“Bawak La Bekal Dari Rumah” – Anju Selar Ibu Bapa Anak Picky Eaters Menyusahkan Tuan Rumah

anju

Oh! Artis

“Bawak La Bekal Dari Rumah” – Anju Selar Ibu Bapa Anak Picky Eaters Menyusahkan Tuan Rumah

Antara cabaran menjadi ibu bapa adalah apabila anak-anak memilih makanan. Anak-anak picky eaters ini kadang kala boleh membuatkan ibu bapa hilang sabar. Lebih-lebih lagi kalau nak keluar berjalan, kan?

ADVERTISEMENT

Di Instagram, Zarina Anjoulie (Anju) meluahkan rasa berang dengan sikap ibu bapa yang tak bersedia bila mengunjungi rumah terbuka.

Ujar Anju, ibu bapa kepada anak-anak picky eaters ini seharusnya menyediakan bekal untuk anak bukannya menyusahkan tuan rumah.

Menerusi perkongsian di Instagram, Anju berharap ibu bapa anak picky eaters tak terasa dengan teguran yang dibuatnya.

Saya tak peduli macam mana awak besarkan anak sebab itu anak awak. Kalau awak nak bagi anak makan tahi hidung seumur hidup pun bukan masalah saya.

Tapi benda ni mula jadi masalah bila awak datang rumah saya, saya dah sediakan makanan banyak-banyak. Kemudian awak kata, ‘Oh anak saya tak makan ikan, tak makan sotong, udang”.

Saya siapkan sup daging, sup ayam tak pedas untuk budak-budak, lepas tu, “Oh anak saya tak makan sup”.

Kata pelakon ini, tuan rumah dah buat yang terbaik menyediakan pelbagai makanan untuk tetamunya. Tetapi sikap tetamu yang menyusahkan tuan rumah membuatkan dia tak berpuas hati.

anak anju

Dia berharap ibu bapa lebih bertanggungjawab dengan anak sendiri bukannya mengharapkan tuan rumah menyediakan makanan ikut permintaannya.

BACA: “Perlu Ke Cakap Macam Tu?”, Buat Review Makanan Dengan Gaya Menghina, Lelaki Teruk Dikecam Netizen

Kredit: Instagram Zarina Anjoulie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas