Connect with us

Oh! Media

“Bapak I Meninggal Semalam Tau” – Gara-Gara Lambat Serah Tempahan Sejadah, Azza Elite Dimaki Azwan Ali

Oh! Artis

“Bapak I Meninggal Semalam Tau” – Gara-Gara Lambat Serah Tempahan Sejadah, Azza Elite Dimaki Azwan Ali

Siapa tak kenal dengan Azwan Ali yang terkenal dengan sikapnya yang lantang bersuara itu terhadap siapa sahaja yang dirasakan tidak sehaluan dengannya.

ADVERTISEMENT

BACA: Diva AA Cari Pasal Lagi, Ini Jawapan Sempoi Dari Naim Daniel

Terbaru, Azwan Ali yang mesra dipanggil Diva AA itu dilihat mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar terhadap bekas ahli kumpulan Elite, Azza selepas difahamkan lewat menerima tempahan sejadah yang dibuatnya.

Diva AA maki Azza Elite

Berang dengan tindakan dibuat diva tersohor negara itu, Azza tampil memuat naik kenyataan balas menerusi Instagramnya.

Menerusi hantarannya itu, Azza menjelaskan bahawa dia tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap perniagaan sejadahnya itu kerana baru sahaja kehilangan ayahanda tercintanya pada Isnin yang lalu.

I tak pernah cari pasal dengan sesiapa. Balik Singapura pun baru berapa hari terus sibuk nak fikir urus mak I. Dengan bapa I sakit. Tak boleh nak fikir orang nak beli sejadah ke apa ke, I fikir ayah dengan mak I je! Keadaan parent I. Dalam dunia ni biar kita dahulukan mak ayah kita ya bang.

Sampai hati tulis macam ni! Bapak i meninggal semalam (Isnin) faham tak.

Azza turut menyambut baik niat Azwan Ali untuk membeli sejadah namun, kata-kata yang dilemparkan diva tersohor negara itu nampak kurang sesuai untuk digunakan.

Azza turut ‘melawan’ Azwan Ali dengan mendoakannya agar bertemu khusnul khotimah.

Abang niat nak beli sejadah tu bagus sangat. Yang tu A bang. Tapi cara tu macam tak manis sangat. Bagus sangat Abang jaga hubungan dengan Allah tapi Allah juga suruh kita jaga hubungan sesama hamba.

Keterujaan Abang nak pakai sejadah Azza tu Azza syukur. Apa pun bang. Ini Kali aku lawan! Lawan dengan doa agar Abang Wan bertemu husnul khotimah.

Haih, tak perlulah sampai nak keluarkan kata-kata kesat. Benda boleh bincang elok-elok, kalau lambat terima tempahan boleh saja tanya baik-baik kan?

Kredit: Instagram azzaelite

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas