Connect with us

Oh! Media

Bapa Mentua Azhar Sulaiman Meninggal Dunia Dalam Kapal Terbang Ke London, Leona Luah Rasa Pilu

meninggal dunia

Oh! Artis

Bapa Mentua Azhar Sulaiman Meninggal Dunia Dalam Kapal Terbang Ke London, Leona Luah Rasa Pilu

Pelakon Azhar Sulaiman menyampaikan khabar duka di mana bapa mentuanya, Datuk Pahamin Rajab telah meninggal dunia akibat serangan jantung.

ADVERTISEMENT

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhar berkata, Datuk Pahamin ketika itu dalam kapal terbang mahu ke London untuk menghadiri majlis graduasi cucunya, Andika Rees Pahamin.

Mereka sekeluarga dikhabarkan akan ke London pada Isnin untuk menguruskan pemergian insan tersayang itu.

Dengan penuh rasa hiba, Azhar Sulaiman memohon orang ramai mendoakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang tersayang.

Cucu allahyarham, Kasih Iris Leona juga meluahkan rasa sedih dan seakan tak percaya dengan pemergian datuk atau lebih dekat dipanggil Tok Pok.

Pempengaruh itu berterima kasih di atas segala jasa baik dan kasih sayang yang dicurahkan Tok Pok. Dia mahu membuat Tok Pok bangga dan tak berkesempatan untuk bertanya, adakah Tok Pok berbangga dengannya.

Kalau saya ada peluang terakhir, saya nak Tok Pok tahu yang saya sangat bersyukur dengan semua yang Tok Pok dah buat untuk saya. Tanpa Tok Pok, saya takkan jadi walau separuh diri saya sekarang.

Tambah Leona lagi, dia berharap dapat peluk untuk perpisahan kali terakhir namun semuanya sudah ditakdirkan.

datuk pahamin rajab meninggal dunia

Lapor Harian Metro, allahyarham Pahamin merupakan Pengasas Bersama AirAsia dan pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.

Allahyarham pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001.

Selain itu, allahyarham juga dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998. Insan hebat ini turut memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.

Kredit: Instagram | Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas