Oh! Artis
“Makan Taik Banyak Sangat Baka Korang Ni” – Rita Rudaini Mengamuk Netizen Ungkit Nafkah RM3,000 Bekas Suami
Pelakon popular, Rita Rudaini berang apabila ada netizen di sebalik akaun palsu tiba-tiba mengungkit duit nafkah sebanyak RM3,000 daripada bekas suaminya.
Menurut individu terbabit, Rita sepatutnya bersyukur Aidil tidak pernah culas membayar nafkah dan duit itu boleh digunakan untuk membesarkan anak.
Katanya lagi, meskipun Aidil tiada kesempatan berjumpa anak namu nafkah tidak pernah terabai.
Tampil menyelar komen itu, Rita mempersoalkan adakah benar bekas suami tidak pernah culas melunaskan nafkah.

Rita juga mempersoalkan adakah cukup nafkah RM3,000 untuk perbelanjaan dua orang anak. Sedangkan, nak bayar yuran sekolah anak pun tak lepas.

10 tahun lalu, pihak mahkamah telah memutuskan pemain bola sepak, Aidil Zafuan harus membayar RM3,000 sebulan kepada Rita Rudaini untuk nafkah anak-anak hasil perkahwinan mereka.
Namun difahamkan, Rita tidak pernah membuat tuntutan lain walaupun anak-anak sudah meningkat dewasa.

Terdahulu, anak Rita Rudaini menjadi perhatian ramai apabila berjaya memecahkan rekod dalam acara sukan.
Sudahlah cemerlang dalam pelajaran, dalam acara sukan pun Airit Rayyan Rizqin tapau habis!

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Rita Rudaini
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM