Connect with us

Oh! Media

Banjir Semakin Buruk Di Sabah Dan Sarawak, Anwar Ibrahim Arah Bantuan Segera!

Anwar ibrahim ohmedia

Oh! Artis

Banjir Semakin Buruk Di Sabah Dan Sarawak, Anwar Ibrahim Arah Bantuan Segera!

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa simpati terhadap ribuan mangsa yang terjejas akibat banjir di Sabah dan Sarawak.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan kebajikan serta keselamatan penduduk yang terkesan dengan bencana tersebut.

Saya juga mengarahkan Nadma (Agensi Pengurusan Bencana Negara) memperkemas penyelarasan seluruh kekuatan jentera agensi persekutuan dan negeri.

Keutamaan saat ini adalah kebajikan mangsa banjir serta keselamatan penduduk di kawasan terkesan.

Jaminan untuk pelajar SPM yang terjejas

Ibu keputusan spm ohmedia

Selain itu, Jabatan Pendidikan Negeri turut diarah mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas dapat menjalani peperiksaan dalam keadaan selamat dan kondusif.

IKLAN

Kerajaan juga akan memastikan segala keperluan mereka diuruskan agar tidak berlaku gangguan sepanjang peperiksaan berlangsung.

Skuad Ihsan Madani bantu mangsa

Ohmedia banjirjpg

Dalam usaha membantu mangsa banjir, Skuad Ihsan Madani akan turun padang bagi memberikan bantuan di pusat pemindahan sementara (PPS) serta bersiap siaga untuk penugasan pasca banjir.

PM Anwar turut mendoakan agar semua mangsa diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

#OhmediaNasihat

Bencana alam seperti banjir boleh berlaku pada bila-bila masa. Pastikan anda sentiasa peka dengan amaran cuaca, bersedia dengan dokumen penting, dan segera berpindah ke kawasan selamat sekiranya diarahkan pihak berkuasa.

Anwar ibrahim ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas