Connect with us

Oh! Media

Baby Shima Berang Sering Dijadikan Bahan Seksual, Kongsi Terima Mesej Dari Lelaki Gersang

Befunky collage  1

Oh! Artis

Baby Shima Berang Sering Dijadikan Bahan Seksual, Kongsi Terima Mesej Dari Lelaki Gersang

Penyanyi terkenal, Baby Shima seringkali terpalit dengan pelbagai kontroversi yang menjadi bualan dalam kalangan netizen. Bukan itu sahaja, dia juga acap kali menjadi bahan seksual lelaki miang di media sosial yang menghantar mesej mahupun gambar yang berunsur lucah.

BACA: Mangsa Gangguan Seksual Da’i Syed Tarik Balik Laporan Polis

Dipelawa melakukan hubungan seks

Terbaru, Baby Shima berkongsi bahawa dia masih lagi menerima mesej lucah menerusi satu hantaran di Instagramnya.

IKLAN
413ac8de c7dc 46ff a3a1 6c7b173bab45

Menerusi perkongsian tersebut dapat dilihat seorang lelaki yang tidak dikenali menghantar satu Direct Message (DM) mengajaknya untuk melakukan hubungan seks.

Individu berkenaan juga dilihat seakan merayu-rayu untuk melakukan perkara yang terlarang itu bersama Baby Shima.

Berang dengan tindakan lelaki berkenaan, Baby Shima bertindak berkongsi gambar serta nama akaun Instagram lelaki itu supaya netizen yang lain dapat mengenali individu tersebut.

Befunky collage  18

Kau akan terkenal satu hari nanti dik

Perkongsian Baby Shima itu mendapat respon dari netizen yang berasakan perbuatan individu tersebut adalah tidak beradab. Ada juga netizen yang beranggapan bahawa akaun Instagram lelaki berkenaan digodam kerana mesej yang dihantar seakan mencurigakan.

Screenshot 2022 05 18 at 145434
Screenshot 2022 05 18 at 145444
Screenshot 2022 05 18 at 145455

Kredit: Instagram Baby Shima

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas