Oh! Tidak
Ria Ricis Dapat Anugerah Khas Sempena Bercerai?
Tak sangka kisah penceraian Ria Ricis dan Teuku Ryan yang menjadi bualan hangat netizen sampai dapat aungerah khas dari stesen televisyen.
BACA: Culas Nafkah Batin Punca Cerai Youtuber Terkenal? Suami Pernah ‘Complain’ Dada Isteri Kecil
Menerusi hantaran akaun rasmi RCTI, Ria Ricis telah dinobatkan sebagai pemenang ‘Kehidupan Tersilet’ disebabkan isu rumah tangganya.
Difahamkan, tiada wakil dari pihak Ria untuk menerima anugerah itu selepas diumukan oleh Lesti Kejora dan Rizky Billar.
Semalam rangkaian televisyen di Indonesia berkenaan telah melangsungkan anugerah yang dinamakan ‘Silet Awards 2024’ yang menampilkan figura terkenal dalam industri hiburan.
Sebelum ini, anugerah ini jatuh kepada Inara Rusli yang juga terpalit dalam kontroversi penceraiannya dengan pasangannya, Virgoun.
Anugerah paling pelik
Walau bagaimanpun, netizen bingung dan bertanya-tanya adakah pemberian trofi ini adalah prestasi yang perlu dibanggakan.
Bagi mereka, kisah penceraian Ria Ricis ini dikatakan satu penghinaan buat wanita itu.
Bingung nak ucap tahiah atau tidak.
Kehidupan tersayat.

Pelik-pelik je sampai beri anugerah untuk kisah penceraian yang paling panas. Marilah kita doakan Ria Ricis tabah hadapi semua cabaran.
Kredit: Instagram @officialrcti
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM