Connect with us

Oh! Media

Azlan Komeng Dakwa Wanita Berniqab Guna Unsur ‘Khurafat’ Cuba Musnahkan Rumah Tangganya

Azlan Komeng

Oh! Artis

Azlan Komeng Dakwa Wanita Berniqab Guna Unsur ‘Khurafat’ Cuba Musnahkan Rumah Tangganya

Baru-baru ini, tular di media sosial konflik rumah tangga pelakon Azlan Komeng dan isterinya, Nur Nilam Ortiz.

Azlan dikatakan mahu berpoligami menyebabkan Nilam menfailkan penceraian di mahkamah. Tak cukup dengan itu, muncul pula wanita berniqab yang dikatakan kekasih baru Azlan Komeng.

BACA: Wanita Berniqab Didakwa Bakal Madu Nilam? Netizen Dakwa Azlan Komeng Dah Kahwin

IKLAN

Wanita berkenaan tanpa segan silu memuat naik foto dan video bersandar di bahu Azlan ketika pelakon itu sedang memandu.

Azlan dah lama kenal, wanita berniqab didakwa guna unsur khurafat

Azlan Komeng

Terbaru, Azlan ketika ditemubual mStar mendakwa wanita berniqab dikenali sebagai Maizila Aini menggunakan ilmu hitam untuk memusnahkan rumahtangganya.

Dakwanya lagi, wanita tersebut cuba menghuru-harakan rumah tangganya kerana dendam dan mempunyai niat jahat terhadap isterinya, Nilam.

Aku dapat tangkap sesuatu, pihak itu ada menggunakan unsur-unsur yang tidak baik untuk memusnahkan rumah tangga aku.

Azlan turut memaklumkan bahawa beliau telah membuat laporan polis berhubung perbuatan yang didakwa dilakukan oleh Maizila ke atas isterinya.

Katanya, selepas ‘barang’ yang dipercayai digunakan dalam perbuatan khurafat itu diambil, wanita berkenaan mula menunjukkan reaksi tidak tentu arah.

Nafi content semata-mata

Azlan Komeng

Malah jelasnya, dia mengenali wanita itu sebelum berkahwin dengan Nilam lagi. Dia hanya mengikut rentak wanita berniqab itu untuk mengetahui sejauh mana permainannya.

Dia terpaksa menyembunyikan hal itu daripada Nilam kerana sedar isterinya gemar berkongsi di media sosial.

Tambah Azlan lagi, beliau menegaskan tidak akan sekali-kali berkahwin dengan wanita berniqab itu dan berharap segala kekusutan ini dapat diselesaikan secara aman.

Pelakon ini turut menafikan dakwaan apa yang tersebar di media sosial kini hanyalah content semata-mata.

Pssttt! Fuh memang nampak sesuatu sangat wanita tu kan? Nasib baiklah abang Lan dah sedar daripada awal.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas