Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

Azharina Azhar Dedah Pernah Ditawar RM500,000 Untuk Ke Ranjang?

Penyanyi yang popular dengan lagu Rawan, Azharina Azhar membuat pendedahan mengejutkan mengenai asam garam bergelar seorang artis.

BACA: Bayaran Hingga RM40,000 Satu Malam, Artis & Instafamous Terlibat Dalam Pelacuran Orang Kaya?

IKLAN

Menurut penyanyi ini, di awal pembabitannya dalam bidang nyanyian, dia pernah ditawar sejumlah wang yang lumayan dan dijanjikan pelbagai imbuhan.

Memang ada yang menawarkan ikut dia pergi minum kopi dan sampai satu tahap pernah ditawarkan RM500,000 semata-mata mahu tidur dengan saya. Tapi itulah hakikatnya, semua ini asam garam jadi artis.

Azharina berkata lagi, sebagai penyanyi ramai yang cuba ambil kesempatan namun anak seni hendaklah pandai mengelak dengan cara baik.

Tapi kalau ajakan seumpama itu depan muka saya, saya cakap saya bukan orang begitu. Tetapi itulah, sebagai artis cakap begini salah cakap begitu pun salah.

Menurutnya, karier penyanyi yang digalas membuatkan dirinya agak tersekat. Meskipun perkara itu melibatkan maruah diri dan keluarga, dia tidak boleh kasar atau kurang ajar.

Sebagai perempuan, kena pandai bawa diri dalam kerjaya dan untuk mencapai apa yang diinginkan. Jangan biarkan orang ambil kesempatan dengan kita.

Penyanyi ini berkata kebiasaannya pembantu peribadi akan menjawab bagi pihaknya. Malah, pelantun Elegi Sepi ini percaya perkara ini berlaku di mana-mana sahaja.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas